Thursday 20 December 2012

Pembatalan Larian Ambang 2013

Salam 1 Malaysia..

Dukacita dimaklumkan bahawa Larian Ambang 2013 dibatalkan. Pihak Urusetia akan menghubungi para peserta yang telah mendaftar. Pihak Urusetia memohon seribu kemaafan kepada para peserta di atas sebarang kesulitan.

Benar,
Urusetia Larian Ambang 2013

Wednesday 12 December 2012

Larian Tahun Baru 2013 Shah Alam


Pendaftaran Bergerak di Taman Tasik Shah Alam (Sek 2) & Stadium Kota Raja Klang

Salam 1 Malaysia,

Untuk makluman para peserta yang ingin mendaftar Larian Ambang 2013,
pihak urusetia dengan sukacitanya akan mengadakan kaunter pendaftaran bergerak di Taman Tasik Shah Alam (Sek 2) & Stadium Kota Raja Klang. Borang penyertaan disediakan oleh pihak urusetia.

Tarikh : 15 & 16 Disember 2012
Tempat : Taman Tasik Shah Alam (Sek 2) / Stadium Kota Raja Klang
Masa : 7.30 am - 11.00 am


p/s: Peserta yang telah menghantar borang penyertaan melalui email/faks tidak perlu mendaftar kerana penyertaan anda telah didaftarkan.


Friday 7 December 2012

Pakej Istimewa.....

Salam Perpaduan,

Tawaran Istimewa untuk peserta Larian Ambang 2013..

1. Pakej berkumpulan (per organisasi / syarikat)
   -10 orang peserta sahaja (A-E)
   - RM 270.00

2. Pakej Keluarga
  - 2 dewasa (Ibu/Bapa/Penjaga - (A - E) & 2 anak (F&G)
  - RM 70.00

Tawaran istimewa sah sehingga: 21 Disember 2012

*Tertakluk kepada terma & syarat pihak Urusetia.
*Sila nyatakan nama organisasi / syarikat di bahagian catatan borang.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan En. Syukry & En. Hazwan.

Pendaftaran Bergerak

Salam 1 Malaysia,

Untuk makluman para peserta yang ingin mendaftar Larian Ambang 2013,
pihak urusetia dengan sukacitanya akan mengadakan kaunter pendaftaran bergerak di Taman Bukit Jalil & Taman Tasik Titiwangsa. Borang penyertaan disediakan oleh pihak urusetia.

Tarikh : 8 & 9 Disember 2012
Tempat : Taman Bukit Jalil / Taman Tasik Titiwangsa
Masa : 7.00 am - 10.00 am


p/s: Peserta yang telah menghantar borang penyertaan melalui email/faks tidak perlu mendaftar kerana penyertaan anda telah didaftarkan.

Taman Bukit Jalil - Syukry ( 019 - 670 9816)
Taman Tasik Titiwangsa - Hazwan (017 - 327 7357)

Monday 3 December 2012

Makluman Penting Peserta Larian Ambang 2013

Salam Perpaduan..

Terima kasih diucapkan kepada para peserta yang telah menghantar borang penyertaan dan slip bayaran bank kepada pihak kami melalui email/faks.

Pihak penganjur akan menyiarkan nama para peserta yang telah berdaftar pada 25 DISEMBER 2012.
Jika terdapat keciciran nama peserta, sila berhubung dengan Encik Syukry di talian 019-6709816 atau melalui blog ini.

Pihak kami juga berharap Tuan/Puan/Cik dapat membawa borang pendaftaran asal dan slip bayaran bank (fotostat) semasa proses pengambilan baju/no. larian nanti.

Ikhlas,
Urusetia
Larian Ambang 2013


Sunday 18 November 2012

Borang Pendaftaran Larian Ambang 2013

*Muat turun kedua dua bahagian borang
*Cetak kedua-dua bahagian borang dengan menggunakan sehelai kertas A4 (depan &belakang)


*Bahagian depan borang

*Bahagian belakang borang

LARIAN TAHUN BARU 2013 SHAH ALAM